Search

[Kesan Buruk Akibat Belajar Perbandingan Agama]
  • Share this:

[Kesan Buruk Akibat Belajar Perbandingan Agama]

Salah satu kesan buruk yang saya perasan setelah seseorang menghadiri ilmu perbandingan agama adalah mereka mula meminta dalil apabila berbicara tentang agama Islam. Rimas Ustaz-ustaz dan rakan-rakan apabila asyik diminta untuk diberikan dalil. Hilang sudah statement biasa mereka iaitu "Takkan Ustaz Tak Tahu".

Kenapa jadi sampai begitu? Ini kerana di dalam program tersebut para 'speaker' sentiasa quote dalil dari Quran & Sunnah serta kitab agama lain.

Satu lagi kesan buruknya adalah mereka melihat Islam lebih luas dan mudah kerana didedahkan dengan pelbagai pandangan oleh para ulamak Islam. Ini telah menjadikan mereka lebih menghargai Islam dan lebih yakin akan kebenaran Islam.

Hmmm... Itulah antara kesan buruk apabila seseorang belajar perbandingan agama... Buruk bagi syaitan yang kecewa dan dengki seseorang kembali kepada Allah... Burukkan comparative religion ni para alumni...???


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts